Maklumat PIBG
Kata Aluan Pengerusi PIBG.
Persatuan Ibu-Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Puchong Utama (1) yang beralamat di Jalan PU 12/1 Puchong Utama mula didaftarkan pada 1hb. Sept 2000 dengan nombor pendaftaran SEL (928).
Objektif penubuhan PIBG.
- Mengadakan suatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid sekolah dalam meningkatkan imej sekolah.
- Membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid dalam kegiatan di sekolah.
- Memberi peluang kepada ibu-bapa dan guru berunding antara satu sama lain bagi maksud meningkat taraf pendidikan anak-anak atau murid.
- Membolehkan ibu-bapa dan guru berusaha menambah sumber kewangan dan meningkat kemudahan disekolah bagi tujuan memperbaiki kemudahan pengajaran dan pembelajaran.
Keanggotaan PIBG terdiri dari wakil ibu-bapa yang mempunyai anak yang bersekolah disini serta guru tenaga pengajar. Setiap tahun mesyuarat agong akan diadakan bagi melaporkan kedudukan kewangan dan aktiviti PIBG.




